Muthalib Auto Service Di Jalan Paya Jaras

Featured Listing 

 Vehicle service and accessories / Posted 4 months ago by mdhcom / 72 views

Pusat Servis Kereta Muthalib Auto

Ini komen dari facebook #SupportBrothersInBusiness

Dari Ampang saya sanggup ke Paya Jaras, Sg Buloh (kitorang panggil PJ) kerana nak support bisnes kawan. Segala penyelenggaraan BatMobile Grab ni akan dibuat disini kerana harga berpatutan, servis tip top. Maklumlah warranty dah abih, tak lalu jugak nak layan SC nih. Hehehe…

Mereka boleh beri sebutharga dan boleh buat ikut bajet anda. Tetapi, sekiranya pembaikan perlu dibuat, mereka akan beri khidmat nasihat utk yg terbaik dilakukan agar kereta anda tidak hadapi masalah pada masa akan dtg.

Semasa servis, setiap inci kenderaan akan diperiksa, dan anda akan dpt kepuasan seperti di mana2 pusat servis berdaftar. Ini berdasarkan pengalaman saya di bengkel ini.

Pak Abd Muthalib Abdullah adalah pemilik bengkel. Manakala Muhammad Faruk Muthalib dan Man Cielo adalah pakar mekanik disini. Sekiranya ada sebarang masalah boleh juga info kepada saya dan akan saya sampaikan kepada mereka agar KPI perkhidmatan servis mereka tercapai!

Anda boleh hubungi terus utk bertanya sebarang soalan samada mereka boleh membaiki kenderaan anda di talian 03-61560303.

Jika anda berminat, nyatakan anda Grab Driver dan boleh dpt harga istimewa utk servis sehingga 7000km. Utk rakan2 Sg Buloh boleh laa singgah bila sampai masa utk servis ya!

Mereka juga ada servis pembaharuan cukai jalan dan insurans serta urusan JPJ dan Puspakom. Disebelah bengkel ada pejabat Laiyyinah Agency dibwh Etiqa Insurance. Boleh berhubung dgn Pn. Laiyyinah Muthalib di no. 013-413 8103.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *